Friday, June 02, 2006

hari pertama MISI!!! (2/6/06) melakar sejarah...

kami datang dengan tekad penuh semangat
untuk menghayati MISI sepenuh jiwa
memanfaatkan setiap detik yang ada
demi melakar sebuah sejarah

segala puji bagi ALLAH
yang telah memilih kami
untuk menyertai MISI 06
semoga setiap denyut nadi kami dipandu hidayahMu
agar nanti kami bisa lahir sebagai pejuang agamaMu
sepenuh jiwa
sepanjang hayat

sesungguhnya kerja BESAR membangun peradaban sedang dimulai...


cute MISI booklet for all participants...

can u imagine how the one-month-intensive-training-schedule looks like?

wahai para pemuda
sesungguhnya kewajipan kalian begitu banyak
tanggungjawab kalian pun sangat besar
di hadapan kalian terbentang pelbagai problematika krusial umat yang begitu peliknya
kewajiban kalian adalah menunaikan dan menyelesaikan dengan sebaik-baiknya
seberat apapun tugas dan amanah yang kalian pikul
seyogianya kalian bersikap pantang mundur dalam menghadapinya
sikap yang bijak bagi kalian adalah berpikir maju ke arah orientasi masa depan
banyak beramal
bijak dalam menentukan sikap
maju untuk menjadi penyelamat
dan hendaklah kalian mampu manunaikan hak-hak umat ini dengan sempurna

hari ke-2 (3/6/06)


majlis perasmian MISI..disusuli dengan makan2...

beramah mesra bersama penduduk Desa saujana


waaah...ni pindah 1 rumah ke? (^__^) sejuta penghargaan untuk ikhwah yang menunda makan tengahari mereka hari itu kerana mengangkut mesen basuh, dapur, gas, kipas dan barang2 yang sewaktu dengannya untuk digunakan sebagai fasilitas di rumah akhawat..terima kasih..semoga titik peluh antum diganjari Allah..jutaan penghargaan juga diutuskan kepada semua pihak yang bermurah hati sponsor barang2 ini selama MISI berjalan..(^________^)

ke pasar malam!!! uuhh..setelah kumpulan membeli barang kering dan basah berhimpun di tempat letak kereta..ternyata kami mengalami krisis gula!! setelah ahli2 parlimen bersidang di tepi2 kereta..kumpulan yang ditugaskan membeli barang basah akan pulang dahulu ke 'istana' untuk menyiang ikan etc. another group bertanggungjawab utk mencari gula mengikut kebijaksanaan mereka. cari punye cari..mmg teruk nampaknye krisis gula..isk isk..akhirnya they decided to buy gula caster--yg sedikit mahal...sampai2 di 'istana', tak lama lepas tu, akh azrul & co. yang menguruskan dinner malam itu, datang memberikan sepeket gula kepada kami...ALHAMDULILLAH!!!

hari ke-3 (4/6/06)

hari baru dimulakan dengan qiyam, subuh, dan ma'thurat. selepas itu, masing2 menguruskan khidmat diri--basuh baju, kemas rumah, iron baju, riadhah etc
sementara menunggu sarapan yang diuruskan oleh akh azrul & co., kami telah buat pre-sarapan dulu..hehe..


presenting all of u..tadaa..nila tempat penginapan kami..rumah sakinah, mawaddah wa rahmah..kami akan projekkan..cabut rumput liar..kat belakang rumah dah ada pokok serai..makcik depan rumah dah offer boleh amik dahan bunga kertas bebila kami nak..tapi kene bekerja keras lagi, sebab tanah tu bukan tanah asal..tanah yg ditolak dr bukit

ni rumah mkck sebelah..encik tuan rumah diuji Allah dengan kehilangan penglihatan...

ni pulak rumah orang depan...sebelah kanan rumah makcik a.k.a ibu kepada tuan punya seluruh tanah di desa mekar ni, sebelah kiri belum jumpa, pulang ke kampung...

ni pulak kereta dakwah (^__^) yang sungguh berbakti..hari2 ulang alik hantar dan amik kami

sesi pagi dimulakan dengan perkongsian teknologi dakwah di Daarut Tauhid, Bandung yang mengetengahkan konsep manajemen qolbu..sungguh menyentuh hati...

petang itu pula..kak sarimah atau seperti yang kami panggil kak nuril...datang all the way dari perak..menetap di sg. ramal, tapi pagi tu kak nuril br balik dari kampungnya di perak..sangat bes pengisian petang itu tentang nutrisi & pemakanan, gelak tak kering gusi.."boleh nak makan anggur...tapi anggur yang tanam sendiri ye bang.." (hehe ^___^) kami belajar tentang asas nutrisi & pemakanan yang sgt berguna untuk para duat...makanan mcmmane yg boleh dimakan ketika perut kosong, hikmahnye Allah menjadikan telur kuning & putih dalam satu 'kelongsong', pemilihan ikan & ayam yang baik, and the list goes on..





waaaahh!!! lesson dari sesi pagi tadi terus dipraktikkan!!! apa ada dengan susunan kasut?? hm..nak tau? kene la tanye para peserta MISI (^__^) kalau diingat balik, sesi pagi kami belajar manajemen qolbu, perkongsian ttg teknologi dakwah dari bandung. apa kene mengenanye dengan susunan kasut? jeng jeng jeng..tanye la peserta MISI! hehe
tu dia..kasut ikhwah tersusun rapi..bukan sehari dua je...istiqomah! bagus betul! kagum sungguh!

perasan tak..kasut-kasut ni sebenarnye bukan sahaja tersusun, tapi tersusun secara terbalik! menghala keluar rumah! kenape? jeng jeng jeng..

alhamdulillah, petang tu, sempat bermesra dengan makcik depan rumah...rupe2nye makcik ibu kepada tuan punye tanah..waah...seronok dapat berbual dengan makcik ni..salah satu elemen social skill yang diberikan perhatian dalam MISI..


malam itu, dinner terakhir yang disediakan oleh penganjur..mulai sarapan esok, kami harus masak sendiri..terima kasih kak mariam & akh azrul yang masakkan dengan penuh keikhlasan..semoga Allah mengganjari dengan sebaik2 ganjaran


9.00pm hingga 11pm MIND MAPPING kami belajar membuat mind mapping dengan cara yang betul dan memahami apakah kepentingan dan manfaatnya. hehe..dan buat latihan ttg 'fatimah yang bagus itu'..nak tahu apa? kenela tanye para peserta MISI (^_______^)

presentation...(eh..boleh nampak ke?)

selepas pengisian, kami memanfaatkan masa sebelum tidur utk mesyuarat melengkapkan jadual tugasan. jadual memasak dan pergi pasar telah dilengakapkan sejak petang semalam, misi malam ini ialah untuk menyiapkan jadual imamah, tazkirah subuh dan respon kepada akhbar. alhamdulillah, sebelum tidur, misi berjaya disempurnakan (^__^)
malam itu...bekalan buku fasa pertama tiba...semuanya buku dari indonesia...membaca buku indonesia sampai bahasa komunikasi pon kekadang tertukar..(kekeke)..ada yang bilang.."camni, MISI kene tukar nama la..Mukhayyam Intensif siswa-siswi Indonesia" (^____^) macam-macam..

hari ke-4 (5/6/06)

sesi presentation pagi...para pewaris risalah berbincang bukan sahaja tentang agenda memperkasa akhawat yang kerapkali didebatkan dalam Karisma..tetatpi juga agenda memperkasa ikhwah...asas pembentukan afrad yang cemerlang..jalan menuju FIDAK dan Syariah 2020...resolusi dan cadangan akan dibawa ke mesyuarat KNL 11/6 insyaAllah, dan perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dalam karisma-operasi.

after zuhur..slot ust pon bermula...."siang ke malam?" (^___^) tak paham? hehe..ni kene tanye peserta MISI la...macam2 jargon yg keluar..hehehe...kitaran B***H hidup manusia...LASSO...analogi kuning dan putih telur yang cukup menarik menggambarkan misi para Rasul etc..semuanya cukup make sense! belum pernah kami dengar penjelasan sepenting ini disampaikan dengan cara yang 'ringan dan menenangkan'..pendek kata..tak menggunakan 'ayat skema' yang nampak bagus tapi tak menusuk hati..pembentangan kali ini sangat terasa di jiwa..sangat betul dan dekat dengan hidup kita...BACALAH AL-QURAN DENGAN HATI...HIDUPLAH DI DUNIA DENGAN MATA HATI...biar kita kenal Allah dengan sebaik2nya..semoga kepulangan kita nanti dengan senyuman kebahagiaan kerana kejayaan memanfaatkan seluruh kehidupan yang sekejap untuk menyempurnakan misi agung penciptaan manusia di muka bumi ini...REDHA ALLAH...hanya itu yang kita cari dalam hidup ini...


asar pon tiba..kami pulang sebentar ke tempat penginapan..menyiapkan iftar..jam 6pm, slot ust salam akan bersambung lagi hingga maghrib..pantas! pantas! harus bergerak pantas! (^____^) hari ini kami iftar di balairaya..nampaknye kenela bawa segala mangkuk pinggan dulang periuk ke sana ^__^


tu dia...angkut tikar..masak nasi kat balairaya..meja ping pong secara rasminya menjadi almari/ meja makan (baca: meja letak makanan) dan hari itu kami iftar beramai2 dengan penuh semangat..

hari ke-5 (6/6/06)

our breakfast today..
roti kAyatElur MISI!

slot pagi ni: DAKWAH 1 oleh ust arfah..mase ustazah arfah call dan cakap ust dah sampai surau, i went there wif another maryam, sangat tak sangka ust arfah bawa makcik2 lain jugak! meriah dan makcik2 penuh semangat utk join program kami..alhamdulillah

sesi skill petang itu: T-SHIRT DESIGNING..akh ammar datang dan memberi tunjuk ajar. di samping berkongsi pengalaman yang cukup berharga buat kami

hari ke-6 (7/6/06)


slot USUL 20 by ustaz alias

kami belajar menjahit! akhawat diajar menjahit baju kurung dan jubah, ikhwah diajar asas2 jahitan yang perlu (jahit butang etc) dan cara2 membuat baju melayu..semua peserta sangat bersemangat! balairaya dah jadi macam kedai kain nagoya nampaknye!!

hari ke-7 (8/6/06)

sahur- nasi goreng+ susu
pagi dimulakan dengan slot ustaz alias--AMAL JAMAIE. Ustaz walaupun tak larat tapi melupakannya untuk terus berdakwah dan menabur Ilmu Allah kepada kami. MasyaAllah. Walaupun ini kali kedua mendengar pengisian ustaz dalam tajuk Amal Jama’ie tapi ia tetap memberi kesan di hati ini untuk terus berada dalam jalan dakwah, jalan Allah. Adakah kita akan tetap dijalan ini bila dah bekerja nanti, satu persoalan yang perlu diingati setiap hari supaya kita tidak terus leka dengan keindahan DUNIA hingga melupakan MATLAMAT hidup yang sebenar..
tengahari ni pulak..belajar 1st aid
petang??? siap untuk iftar!!! ikhwah akhawat saling masak..malam ni iftar jamaie..kite test masakan masing2..amacam? hehe ^___^ SODAP!!! selalu tgk akhawat masak..jom tinjau dapur ikhwah plak!
IFTAR!!!
mengikut riwayat nazihah, "Maghrib kami iftar di balairaya bersama-sama, lauknya sayur goreng+kuah kacang dal telur dan puding purple sister masak, ayam masak kicap dan keropok (yang digoreng dengan minyak ayam) brother masak. Semua lauk-lauk tu sedap..."
mengikut riwayat kak sal pulak, "Hari ni stay kat balai raya sampai malam sebab nak berbuka puasa bersama ikhwah. Dalam hati apalah yang nak dimasak ikhwah sedang di rumah, Asmaa’ sedang sibuk dengan kuah kacang dal nya. Rupa-rupanya ikhwah masak ayam kicap, siap ada kentang dan tomato lagi..best gak..pandai pun masak. Takdelah bile kawin semuanya wanita yang nak kene hidang. Bagus-bagus!!! Makan hari ni memang mewah. Dengan nasi nya yang tak abis dimakan, air anggur, air teh ikhwah, buah-buahan dan lauk pauk yang tak kurang juga banyaknya. Alhamdulillah semua dapat makan. Bila tulis blog ni, teringat pula pada saudara-saudara seislam kita yang di Palestin, Republik Chech, cukup makan ke mereka??? So kita yang cukup makan ni, bersyukurlah kita dengan apa yang ada."

9pm-11pm: MISI PARA RASUL (oleh akh Ridza)


hari ke-8 (9/6/06)

hari ni giliran kak azie bagi tazkirah, tazkirah nya lain sikit, luar biasa. biasalah bakal cikgu mesti nak buat lain dari lain untuk bagi semua orang yang dengar tak tertidur. Tazkirah biasanya talk pendek. Pagi ni, kak Azi tak buat macam biasa. Lebih kpd aktiviti. Ye lah, lps subuh, pagi yg hening... ngantuk seh~motif k. Azie ialah mengembangkan taaruf. Firstnya, tulis nama, nama manja, fakulti & IPT. Kemudian 5 perkara yg kita nak org tahu pasal kita. Tukar ngan org lain,Kene pulak beritahu apa yang kita tahu tentang sahabat satu rumah ni setelah tujuh hari bersama. ^__^

9am--12noon: SHARIAH 1

LUNCH: nasi ayam! (time kasih sal, fatimah & tiy!)

3pm--5pm: SHARIAH 2

menurut riwayat kak rose, "Menjalani hari kelapan MISI semakin banyak ilmu yang dipelajari. Hmm hari ini belajar shariah bersama Dr Shamsuri Shariff. Berasal daripada jurusan sains, bile bercakap mengenai syariah ni terasa macam nak buat degreelah pulak. He he ..... Apa yang disampaikan oleh Ustaz mmg menarik kerana selama ini hanya bisa mendengar perkataan shariah ttp tidak pernah mengambil atau tidak berkesempatan mengambil berat mengenai salah satu cabang dalam Islam. Semakin di dalami dan dfahami makin terasa betapa besarnya kasih Allah terhadap hambanya, semakin terharu insan ini. Segala yang Allah ciptakan serta sediakan untuk hambanya adalah yang terbaik dan paling mematuhi keperluan fitrah manusia. Subhanallah .... Walhamdulillah.... Wala ilahaillallah.Pengisian hari ini dilakukan secara perkongsian serta soal jawap membolehkan mata ini dikekalkan segar merentasi pagi hingga petangMenyoroti serba sedikit mengenai shariah yang diturunkan oleh Allah khas untuk ciptaan terbaiknya iaitu makhluk yang bernama manusia melalui kalimah-kalimahNya yang diturunkan kepada Rasulullah menampakkan bagaimana cantiknya tarbiyah Allah bagi membolehkan manusia menggunakan akal kurniaanya untuk keputusan penetapan hukum... di dalam Al-Quran hanya terdapat kira-kira 500 ayat yang menceritakan ttg komponen-komponen kehidupan manusia. Ayat yang diturunkan dalam bentuk prinsip yang tidak menetapkan masa, zaman serta tempat supaya sentiasa relevan merentasi zaman".

malam pula lepas solat dan makan, kami buat mesyuarat rumah buat kali pertama dalam MISI. Banyak juga perkara-perkra yang dibincangkan terutama peralihan kuasa ketua rumah dan bendahari rumah. Kali ini, servis ketua rumah bertukar tangan, Asmaa’ mengambil alih atas sokongan majority, so Asmaa’ pikul-pikul tanggungjawab ni ye. Bendahari rumah merangkap menteri kewangan rumah di pegang oleh Hamnah setelah fatimah retired.

Malam ni takde pengisian dari sesiapa, orang kate, bolehla berehat-rehat tapi kami tak bleh sebab ada tugasan yang menanti, kami perlu menghafal hadis 40, respon surat khabar dan siapkan blog harian. Alamak respon surat khabar tak buat lagi!!!! Jom kita buat cepat. Pastu apa lagi, tidurlah cepat sikit supaya dapat qiyamullail. ^___^

hari ke-9 (10/6/06)


7.30am SENAMROBIK BERSAMA WADINA (phewh! dasyat!)
menurut riwayat nazihah, "Hari ni memang bersiap awal-awal pagi sebab ada aerobik dengan Wanita Desa Saujana(wadina). Akak-akak (ada yang boleh makcik-makcik) sangat mantap, mula pukul 7.40 am sampai 9.00 am, itu pun kami minta diri..Banyak la jugak step yang dia ajar, tapi perkataan baru yang aku tak dapat lupa “kemut’(wondering what is it???). Seriuosly, kalau orang yang tak biasa bersenam komfem tercunggap-cunggap aerobik dengan derang."
9.00am KHIDMAT MASYARAKAT 1--GOTONG ROYONG membersih dan mencantik surau dan pusat sumber DESA SAUJANA


sampai luka?? isk isk

berrrratnyee....mane rijaaludda'wah ni?? serious carpet ni berat..kenela panggil pakcik hussen dan ikhwah angkat..banyak lagi kat belakang tuh..

adik2 yg comey...penghibur hati..

eh? ape 2 org berjawatan pencuci tingkap tetap ni buat..yo! cuci tingkap sampai tercabut..isk isk..sungguh bersungguh mereka berdua ni cuci tingkap..kejap wash..kejap rinse..kejap spin..hehe..tgk2 dah tercabut dr landasan plak tingkap tuh..adooi!

ha..ni lagi 1 berrrrrattt...ih ih..eh eh..berat sama dipikul ringan sama dijinjing..

ha! lapar sama dimakan..^___^ akak2 WADINA bawa perkakas buat roti bakar! bes bes..berkenal bermesra ngan ibu ana n d gang yg cool!
tetibe datang pulak bihun ikhwah masak..waaaaah..makan jgn tak makan..ni anak teruna masak kite kene rasa ni--kata ibu ana

bagusnye! semua berperanan di tempat masing2..hehe..ade yg kuat--angkat2 segala yg perlu diangkat, yg tabah--basuh tandas, yg ceria--layan anak2 bakal penyambung risalah da'wah, yang suka memanjat--lap tingkap, yg ulat buku--susun buku di rak dengan penuh ketabahan...hehe..letaklah org kene pada tempatnya, strategic positioning..barulah semua potensi dapat dimanfaatkan demi mencapai objektif--LIBRARY YANG BERWAJAH BARU, MENABUR KHIDMAT MENGGEMBIRAKAN PENDUDUK DS ^__^
dan entah mana asmaa' dapat mende alah ni, dye pon dapat idea lekat dan hias library tu..sungguh menarik!

UJIAN KETABAHAN 1: GAS HABIS DI KALA KAMI PENAT & LAPAR...huwa...

Dah penat sepagi bergotong royong membersihkan dua bangunan, balik la ke rumah dgn harapan nak topup tenaga utk aktiviti seterusnya. Malang tak berbau, mmg sesuai sgt gunakan ungkapan tersebut utk menggambarkan kehampaan kami bila gas memasak habis. Terpaksa lah jama’kan lunch ngan dinner malam karang.

3pm-5pm: KHIDMAT MASYARAKAT versi 2

menurut riwayat fatimah, "Kami kembali ke Desa Saujana utk khidmat masyarakat. Akhawat dipecahkan kpd 3 kumpulan. Ikhwah tak siap agi kerja2 yg sepatutnya selesai pd sesi pagi. Banyak kot kerja2 diorg. Aku nampak tak ramai pun ikhwah yg ada. Ikhwah MISI sendiri tak sampai 10 org. Teruskan cerita khidmat masyarakat yg mana grup aku ke rumah Ibu Ana. Dekat je ngan balai raya.Tujuan kami ke sana utk buat memberikan khidmat. Sesampai depan rumah Ibu, lalu lah penjual aiskrim. Kami lapar~ dan sangat tertarik ngan aiskrim tuh. Apalagi, kami belilah dan duduk bersila dpn pagar rumah Ibu. Aku yakin, Ibu tak perasan pun. Dasat sungguh.Dah masuk rumah Ibu, kami dah mati idea apa perkhidmatan yg boleh kami hulurkan. Rumah Ibu sgtlah kemas dan simple. Duduk bersembang ngan Ibu sambil melayani keletah anak bongsu Ibu, Iskandar. Akhirnya, kami masuk dapur utk goreng keropok utk dibawa balik ke balai raya."

UJIAN KETABAHAN 2: KERETA ROHA ROSAK

UJIAN KETABAHAN 3: KERETA USTAZ SAMSURI PULAK SAKIT..

Kereta ust. Samsuri tak mahu hidup. Sampai malam, kitorg dah gelabah, camne nak gi Desa Saujana? Dahnya masa balik dr gotong royong pagi, kereta kak Roha kena tahan kat ICU. Apalah ujian utk akhawat? Kitorg cuak. Tapi mengatasinya spt melayani sitkom Senario. Sblm isya’ beberapa org kuar nak tolak kereta ust. Samsuri. Sambil gelak2. dah tu bersorak bila kereta tuh hidup. Seronok. Sedih. 8 hari MISI, 6 kereta berbakti utk kami, demi dakwah ini. Pantaskah kami berputus asa sbb ujian ini?