Friday, June 02, 2006

hari ke-9 (10/6/06)


7.30am SENAMROBIK BERSAMA WADINA (phewh! dasyat!)
menurut riwayat nazihah, "Hari ni memang bersiap awal-awal pagi sebab ada aerobik dengan Wanita Desa Saujana(wadina). Akak-akak (ada yang boleh makcik-makcik) sangat mantap, mula pukul 7.40 am sampai 9.00 am, itu pun kami minta diri..Banyak la jugak step yang dia ajar, tapi perkataan baru yang aku tak dapat lupa “kemut’(wondering what is it???). Seriuosly, kalau orang yang tak biasa bersenam komfem tercunggap-cunggap aerobik dengan derang."
9.00am KHIDMAT MASYARAKAT 1--GOTONG ROYONG membersih dan mencantik surau dan pusat sumber DESA SAUJANA


sampai luka?? isk isk

berrrratnyee....mane rijaaludda'wah ni?? serious carpet ni berat..kenela panggil pakcik hussen dan ikhwah angkat..banyak lagi kat belakang tuh..

adik2 yg comey...penghibur hati..

eh? ape 2 org berjawatan pencuci tingkap tetap ni buat..yo! cuci tingkap sampai tercabut..isk isk..sungguh bersungguh mereka berdua ni cuci tingkap..kejap wash..kejap rinse..kejap spin..hehe..tgk2 dah tercabut dr landasan plak tingkap tuh..adooi!

ha..ni lagi 1 berrrrrattt...ih ih..eh eh..berat sama dipikul ringan sama dijinjing..

ha! lapar sama dimakan..^___^ akak2 WADINA bawa perkakas buat roti bakar! bes bes..berkenal bermesra ngan ibu ana n d gang yg cool!
tetibe datang pulak bihun ikhwah masak..waaaaah..makan jgn tak makan..ni anak teruna masak kite kene rasa ni--kata ibu ana

bagusnye! semua berperanan di tempat masing2..hehe..ade yg kuat--angkat2 segala yg perlu diangkat, yg tabah--basuh tandas, yg ceria--layan anak2 bakal penyambung risalah da'wah, yang suka memanjat--lap tingkap, yg ulat buku--susun buku di rak dengan penuh ketabahan...hehe..letaklah org kene pada tempatnya, strategic positioning..barulah semua potensi dapat dimanfaatkan demi mencapai objektif--LIBRARY YANG BERWAJAH BARU, MENABUR KHIDMAT MENGGEMBIRAKAN PENDUDUK DS ^__^
dan entah mana asmaa' dapat mende alah ni, dye pon dapat idea lekat dan hias library tu..sungguh menarik!

UJIAN KETABAHAN 1: GAS HABIS DI KALA KAMI PENAT & LAPAR...huwa...

Dah penat sepagi bergotong royong membersihkan dua bangunan, balik la ke rumah dgn harapan nak topup tenaga utk aktiviti seterusnya. Malang tak berbau, mmg sesuai sgt gunakan ungkapan tersebut utk menggambarkan kehampaan kami bila gas memasak habis. Terpaksa lah jama’kan lunch ngan dinner malam karang.

3pm-5pm: KHIDMAT MASYARAKAT versi 2

menurut riwayat fatimah, "Kami kembali ke Desa Saujana utk khidmat masyarakat. Akhawat dipecahkan kpd 3 kumpulan. Ikhwah tak siap agi kerja2 yg sepatutnya selesai pd sesi pagi. Banyak kot kerja2 diorg. Aku nampak tak ramai pun ikhwah yg ada. Ikhwah MISI sendiri tak sampai 10 org. Teruskan cerita khidmat masyarakat yg mana grup aku ke rumah Ibu Ana. Dekat je ngan balai raya.Tujuan kami ke sana utk buat memberikan khidmat. Sesampai depan rumah Ibu, lalu lah penjual aiskrim. Kami lapar~ dan sangat tertarik ngan aiskrim tuh. Apalagi, kami belilah dan duduk bersila dpn pagar rumah Ibu. Aku yakin, Ibu tak perasan pun. Dasat sungguh.Dah masuk rumah Ibu, kami dah mati idea apa perkhidmatan yg boleh kami hulurkan. Rumah Ibu sgtlah kemas dan simple. Duduk bersembang ngan Ibu sambil melayani keletah anak bongsu Ibu, Iskandar. Akhirnya, kami masuk dapur utk goreng keropok utk dibawa balik ke balai raya."

UJIAN KETABAHAN 2: KERETA ROHA ROSAK

UJIAN KETABAHAN 3: KERETA USTAZ SAMSURI PULAK SAKIT..

Kereta ust. Samsuri tak mahu hidup. Sampai malam, kitorg dah gelabah, camne nak gi Desa Saujana? Dahnya masa balik dr gotong royong pagi, kereta kak Roha kena tahan kat ICU. Apalah ujian utk akhawat? Kitorg cuak. Tapi mengatasinya spt melayani sitkom Senario. Sblm isya’ beberapa org kuar nak tolak kereta ust. Samsuri. Sambil gelak2. dah tu bersorak bila kereta tuh hidup. Seronok. Sedih. 8 hari MISI, 6 kereta berbakti utk kami, demi dakwah ini. Pantaskah kami berputus asa sbb ujian ini?

No comments: