Friday, June 02, 2006

hari ke-2 (3/6/06)


majlis perasmian MISI..disusuli dengan makan2...

beramah mesra bersama penduduk Desa saujana


waaah...ni pindah 1 rumah ke? (^__^) sejuta penghargaan untuk ikhwah yang menunda makan tengahari mereka hari itu kerana mengangkut mesen basuh, dapur, gas, kipas dan barang2 yang sewaktu dengannya untuk digunakan sebagai fasilitas di rumah akhawat..terima kasih..semoga titik peluh antum diganjari Allah..jutaan penghargaan juga diutuskan kepada semua pihak yang bermurah hati sponsor barang2 ini selama MISI berjalan..(^________^)

ke pasar malam!!! uuhh..setelah kumpulan membeli barang kering dan basah berhimpun di tempat letak kereta..ternyata kami mengalami krisis gula!! setelah ahli2 parlimen bersidang di tepi2 kereta..kumpulan yang ditugaskan membeli barang basah akan pulang dahulu ke 'istana' untuk menyiang ikan etc. another group bertanggungjawab utk mencari gula mengikut kebijaksanaan mereka. cari punye cari..mmg teruk nampaknye krisis gula..isk isk..akhirnya they decided to buy gula caster--yg sedikit mahal...sampai2 di 'istana', tak lama lepas tu, akh azrul & co. yang menguruskan dinner malam itu, datang memberikan sepeket gula kepada kami...ALHAMDULILLAH!!!

No comments: