Friday, June 02, 2006

hari ke-8 (9/6/06)

hari ni giliran kak azie bagi tazkirah, tazkirah nya lain sikit, luar biasa. biasalah bakal cikgu mesti nak buat lain dari lain untuk bagi semua orang yang dengar tak tertidur. Tazkirah biasanya talk pendek. Pagi ni, kak Azi tak buat macam biasa. Lebih kpd aktiviti. Ye lah, lps subuh, pagi yg hening... ngantuk seh~motif k. Azie ialah mengembangkan taaruf. Firstnya, tulis nama, nama manja, fakulti & IPT. Kemudian 5 perkara yg kita nak org tahu pasal kita. Tukar ngan org lain,Kene pulak beritahu apa yang kita tahu tentang sahabat satu rumah ni setelah tujuh hari bersama. ^__^

9am--12noon: SHARIAH 1

LUNCH: nasi ayam! (time kasih sal, fatimah & tiy!)

3pm--5pm: SHARIAH 2

menurut riwayat kak rose, "Menjalani hari kelapan MISI semakin banyak ilmu yang dipelajari. Hmm hari ini belajar shariah bersama Dr Shamsuri Shariff. Berasal daripada jurusan sains, bile bercakap mengenai syariah ni terasa macam nak buat degreelah pulak. He he ..... Apa yang disampaikan oleh Ustaz mmg menarik kerana selama ini hanya bisa mendengar perkataan shariah ttp tidak pernah mengambil atau tidak berkesempatan mengambil berat mengenai salah satu cabang dalam Islam. Semakin di dalami dan dfahami makin terasa betapa besarnya kasih Allah terhadap hambanya, semakin terharu insan ini. Segala yang Allah ciptakan serta sediakan untuk hambanya adalah yang terbaik dan paling mematuhi keperluan fitrah manusia. Subhanallah .... Walhamdulillah.... Wala ilahaillallah.Pengisian hari ini dilakukan secara perkongsian serta soal jawap membolehkan mata ini dikekalkan segar merentasi pagi hingga petangMenyoroti serba sedikit mengenai shariah yang diturunkan oleh Allah khas untuk ciptaan terbaiknya iaitu makhluk yang bernama manusia melalui kalimah-kalimahNya yang diturunkan kepada Rasulullah menampakkan bagaimana cantiknya tarbiyah Allah bagi membolehkan manusia menggunakan akal kurniaanya untuk keputusan penetapan hukum... di dalam Al-Quran hanya terdapat kira-kira 500 ayat yang menceritakan ttg komponen-komponen kehidupan manusia. Ayat yang diturunkan dalam bentuk prinsip yang tidak menetapkan masa, zaman serta tempat supaya sentiasa relevan merentasi zaman".

malam pula lepas solat dan makan, kami buat mesyuarat rumah buat kali pertama dalam MISI. Banyak juga perkara-perkra yang dibincangkan terutama peralihan kuasa ketua rumah dan bendahari rumah. Kali ini, servis ketua rumah bertukar tangan, Asmaa’ mengambil alih atas sokongan majority, so Asmaa’ pikul-pikul tanggungjawab ni ye. Bendahari rumah merangkap menteri kewangan rumah di pegang oleh Hamnah setelah fatimah retired.

Malam ni takde pengisian dari sesiapa, orang kate, bolehla berehat-rehat tapi kami tak bleh sebab ada tugasan yang menanti, kami perlu menghafal hadis 40, respon surat khabar dan siapkan blog harian. Alamak respon surat khabar tak buat lagi!!!! Jom kita buat cepat. Pastu apa lagi, tidurlah cepat sikit supaya dapat qiyamullail. ^___^

3 comments:

Sufi is me said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Sufi is me said...

assalamualaikum,
bile nak update?
salam ziarah, salam perjuangan.
=)

Kha said...

salam..
jelesnye tgk deramg berprogram.. ^_^
bile nk update.. da lewat almost a week ni.. x sabo nk tahu..