Friday, June 02, 2006

hari ke-22 (23/6/06)

PAGI: SLOT SKILL--MULTIMEDIA (by Dr Hishamudin Alham)

berikut adalah catatan Dr Hishamuddin;
Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah sempat bersama lebih kurang 40 orangpelajar di Bangi pada hari Jumaat petang 23 Jun 2006 yang lepas.Oleh kerana kesuntukan masa - program yang berbentuk latihan skill penggunaan bahan Multimedia - menjadi program Pendedahan Latihan Penggunaan Bahan Multimedia. Walaupun program berjalan selama hampir 3jam - mereka cukup berminat dan memberikan tumpuansepenuhnya pada pengisian yang disampaikan.

SOLAT JUMAAT:
akh Syamil telah diberi penghormatan untuk menjadi khatib di masjid berhampiran dengan isi khutbah tentang Palestin. ikhwah yang lain juga bertungkus lumus menyediakan pameran Palestin untuk jemaah yang hadir. mabruuk!

akhawat turut membantu dengan menghantar flyers ceramah Palestin & program motivasi anak desa yang dijadualkan malam ini ke rumah2 di sekitar Desa saujana.sambil2 tu berkenalan lagi dengan penduduk sekitar..busy..busy..

MALAM:
sebahagian ke SLOT CERAMAH PALESTIN

sebahagian melayan anak2 di PROGRAM MOTIVASI ANAK DESA..
sebahagian dari 4 modul khidmat masyarakat. ramainye yang hadir masyaAllah! cute2 plak tu! tak de suara abang2 ngan kakak2 nih..hehe..commmmmelnye!!!

No comments: