Friday, June 02, 2006

hari ke-19 (20/6/06)

9am--12noon peserta baru: PENGENALAN KEPADA SHARIAH
peserta lama: COMPARATIVE CIVILIZATION--BELIEF SYSTEM

sedikit perkongsian..(personally, tajuk ni sgt dekat di hati..even salah 1 subject yg akan dielajari dalam MA in comparative religion ialah belief system & ideologies)

ASAS-ASAS SISTEM KEPERCAYAAN
1.Hakikat (kejadian) alam
Bagi Materialisme yang ada hanyalah yang nyata. Alam ini terjadi dengan sendirinya melalui interaksi matter. Bagi Islam, alam ini ada penciptanya, Allah. Termasuk dalam ciptaan Allah, yang ghaib seperti malaikat dan jin. Tiada batasan kepada penciptaan Allah.

2. Hakikat (kejadian) manusia
Materialisme beranggapan, sama seperti kejadian alam, manusia dilahirkan melalui interaksi matter yang berterusan. Satu teori dari faham ini ialah teori evolusi Darwin dengankonsep penyaringan tabi’inya. Bagi Islam, manusia adalah ciptaan Allah.

3.Peranan manusia
Bagi Materialisme peranan manusia adalah untuk mengisi keperluan hidup. Keperluan hidup pula adalah apa yang dijangkau oleh akal mereka. Bagi Islam, semua tunduk kepada Allah. Manusia adalah hamba Allah yang dicipta untuk menyembah dan beribadat kepada Allah. Di bumi ini manusia ditugaskan sebagai khalifah.

4.Kesudahannya
Bagi Materialisme, mati adalah kesudahan hidup ini Bagi Islam, hidup di bumi adalah sementara. Selepas mati manusia akan dibangkitkan untuk pertanggungjawaban dan kehidupan yang berkekalan.

dari perbezaan di peringkat asas ini, implikasinya dalam kehidupan SAAANGATLAH BESAR;

1-Dari pandangan Materialisme peranannya adalah apa yang difikirkannya sebagai memenuhi kehendak hidupnya. Dari sudut peribadi dia akan mengira beres peranannya jika semua keperluan hidupnya tercapai. Usahanya mencapai tujuan ini tidak dibayangi oleh pertanggungjawaban yang hakiki.

2-Dari sudut sistem masyarakat, dia akan mengatur satu sistem yang memungkinkan pencapaian keperluan hidup, mengadakan peraturan bagi merumus percanggahan kepentingan; individu atau kelompok.

3-Kerana semua keperluan bergantung kepada harta (Estate), maka harta menjadi paksi hidup dan sistem mereka. Sistem nilai pun alah kepada harta.

4-Islam pula meletakkan pengabdian kepada Allah sebagai paksi hidup manusia. Peranan mentadbir bumi pun adalah dalam rangka pengabdian kepada Allah. Semua diarahkan kepada mencari ridha Allah. Taqwa menjadi pengukur nilai diri.

5-Matlamat sistem berasaskan Materialisme pula hanya untuk memelihara dan mengembangkan: 1.din, 2.harta Matlamat sistem Islam boleh dilihat dari keutamaan syariat, iaitu memelihara dan mengembangkan: 1.din, 2.nyawa, 3.keturunan, 4.‘aqal, 5.harta

PERSOALANNYA KINI--SETELAH KITA TAHU & FAHAM PERKARA INI---APA PERANAN KITA???

3pm--5pm: WRITING SKILL by makcik endok (^___^)

9pm-11pm: NUSANTARA 2 by Dr. Hafidzi (^___^)

No comments: