Friday, June 02, 2006

hari ke-29 (30/6/06)



pagi: KONSOLIDASI
peristiwa bersejarah--perlantikan pengurus masa MISI ^__^ yang memperkenalkan etika pengurusan masanye sendiri (hehe)

SOLAT JUMAAT

tengahari: RESOLUSI & pre-PENUTUP

petang: PERSIAPAN KENDURI (dam di dum!! ketung ketang!!)

malam: KENDURI & MAJLIS GRADUASI PERANTIS MISI06

pembukaan ucapan majlis pembacaan resolusi dengan lahjah dan intonasi IKRAR & JANJI
Sesi yang paling syahdu ialah Majlis Penutup, lebih spesifik ketika sesi bacaan ikrar. Terkejut juga apabila resolusi diperdengarkan, kerana ketika sesi Sidang Pleno (waktu petang) saya sibuk di dapur menyiapkan agar-agar untuk majlis di sebelah malam. resolusi yang dicapai agak berat dan saya khuatir tidak dapat melaksanakannya. Maklumlah, manusia mudah lupa dan tak konsisten di dalam suatu perkara. InsyaAllah, di lain masa saya akan kongsikan Resolusi MISI 2006, sebagai persediaan untuk 'mengetuk' saya agar 'bangun' sekiranya saya 'terlena'. Seandainya saya terleka, pohon sahabat-sahabat sekalian untuk mengingatkan saya. Saya yakin, dengan izin Allah SWT, pasti Dia akan mempermudahkan urusan yang dikerjakan demi mengecapi kejayaan Islam...Allahu Akbar!


11 RESOLUSI MISI06
1:: Semua peserta MISI 2006 akan melaksanakan semua resolusi Seminar Hak Asasi Manusia Dalam Islam (Resolusi Singgahsana 2006).

2:: Semua peserta MISI 2006 perlu mengenalpasti, memantapkan dan menggunakan potensi diri masing-masing bermula dari tarikh 30 Jun 2006.

3:: Semua peserta MISI 2006 perlu melaksanakan dakwah fardhiah paling kurang kepada 2 orang dalam tempoh setahun.

4:: Semua peserta MISI 2006 perlu mendalami dan menguasai Usul 20 dan Hadith 40.

5:: Semua peserta MISI 2006 perlu memastikan kesihatan diri masing-masing dari aspek pemakanan dan fizikal sebagai salah satu ciri individu muslim.

6:: Semua peserta MISI 2006 perlu mengamalkan skil-skil harian yang telah dipelajari semasa program MISI 2006 berjalan.

7:: Semua peserta MISI 2006 perlu mengamalkan semua panduan silang jantina terhadap semua lapisan masyarakat tanpa mengira status.

8:: Semua peserta MISI 2006 perlu:
-Melaksanakan qiyamullail paling kurang seminggu sekali.
- Membaca paling kurang 2 muka surat Quran setiap hari.
- Berusaha untuk melaksanakan solat fardhu secara berjemaah.
- Menghafaz paling kurang 3 ayat Quran setiap hari.
- Mengamalkan pembacaan al Mathurat sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

9:: Semua peserta MISI 2006 berusaha membumikan fikrah Islam kepada lapangan kampus menjelang 2015
-Tempatkan diri dalam organisasi kampus
-Menjadi tenaga pemikir dalam organisasi
-Menstruktur agenda organisasi

10::Semua peserta MISI 2006 berusaha ke arah pemerkasaan ikhwah / akhawat
-Pembinaan pelapis penggerak
-Kemahiran murabbi dari segi pentadbiran & kefahaman

11::Semua peserta MISI 2006 berusaha sedaya upaya menjadi rujukan utama dalam penyelesaian isu ummah
-Physical presence (kehadiran kepimpinan khalayak)

majlis penyampaian sijil graduasi/ sijil penyertaan & CD kompilasi bahan penyampaian

SAJAK YANG MENGHARUKAN
kira2 beberapa saat sebelum MC menamatkan secara formal majlis graduasi malam itu dengan niat utk menjemput imam membacakan doa, akh Dhany bangkit dengan wajah serious membisikkan sesuatu kepada akh MC. tiba2 aturcara majlis sedikit berubah. MC memberi laluan kepada akh Dhany untuk melaksanakan amanah. akh auzan yang sangat berharap dapat menyertai majlis graduasi malam itu tidak sempat sampai, beliau baru melewati pahang, dari lawatan kerja di kelantan...lalu beliau mencoretkan sajak melalui sms berjumlah 12 pages untuk semua ikhwah akhawat perantis MISI 06..cukup mengharukan sampai ada yang menitiskan air mata..ditambah pula dengan iringan lagu yang cukup sessswaai...isk isk..

semalam, hari ini & esok--by auzan hasanuddin sazali

doa penutup

makan2
(terima kasih kepada D'MISI catering dengan menu satay MISI, nasi impit MISI, fruit punch MISI, agar2 ikhwahakhawat MISI ^__^..semua ada nama MISI da...)

Sebut tentang agar-agar, mesti semua ikhwah MISI 2006 akan tergelak. Sebab agar-agar yang saya buat tak menjadi! Sampaikan ada ikhwah yang tak nak dikaitkan dengan agar-agar tersebut, takut reputasi terjejas katanya! Hehe...dapur yang mula-mula bersih jadi berserabut. Nasib baik ada 'hero' di kalangan akhawat yang menyelamatkan agar-agar. Kalau tak, makan buburlah kita malam tu!

The only Baju kurung MISI yang sempat siap—tahniah wan fatimah!!!

persembahan multimedia & MOTIVASI PERPISAHAN (terms coined by Dhany) salam ukhuwah...moga tabah hati tak berbelah bagi..andai tak kita ketemu lagi di dunia..moga Allah pertemukan kita di jannahNya..

No comments: