Friday, June 02, 2006

hari ke-23(24/6/06)


SHAMDI--SEMINAR HAK ASASI MANUSIA DALAM ISLAM
terima kasih kepada SEMUA pihak yang menyumbang dan menaja yuran SEMUA 46 peserta MISI zon tengah ke SHAMDI, tiada perkataan utk menggambarkan betapa terharunya kami, hanya Allah yang layak membalas jasa kalian.
fani'ma ajrul `aamilien..

Mutakhir ini, wujud perjuangan menuntut agar negara-negara dunia, termasuk juga Malaysia menghormati dan menerima pakai hak asasi manusia yang di pelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, iaitu Universal Declaration of Human Rights (UDHR). Seruan ini semakin kuat akibat daripada berleluasanya rentetan peristiwa ketidakadilan dan penindasan samada dalam arena politik, ekonomi, sosial, kekeluargaan mahupun pada peringkat individu. Tidak dinafikan juga, usaha menuntut agar negara-negara di dunia menerima pakai UDHR ini mungkin mempunyai agenda global yang terselindung (secara sedar dan tersusun) untuk memesongkan warga dunia daripada tunduk dan patuh kepada Tuhan yang sebenar, Allah Rabbul-Alamin.

Adalah menjadi suatu kewajipan untuk mengenengahkan hak asasi manusia dalam Islam sebagai satu-satunya alternatif sebenar kepada masyarakat. Hak asasi manusia dalam Islam ini hendaklah menjadi dominan dan dapat menggantikan UDHR. agar masyarakat dapat melihat keindahan dan keadilan yang digariskan dalam instrumen hak asasi manusia dalam Islam, iaitu Universal Islamic Declaration of Human Rights (UIDHR).

Kata-kata Aluan oleh Hj. Zaid Kamaruddin (Presiden JIM)
Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Dr Abdullah Md Zin (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Rehat : Minum Pagi & Sidang Akhbar

Sesi 1: Pembentangan Kertas Kerja“Sumber, Falsafah dan Konsep Hak Asasi Manusia dari Perspektif Islam”Oleh Dr Hj Hassan b. Abdul Rahman (Timbalan Ketua Bahagian Penasihat(Syariah) Jabatan Peguam Negara)

Sesi 2: Pembentangan Kertas Kerja“Comparative Analysis of The Instruments On Human Rights In Islam and the Instruments On Human Rights In International Law”Oleh Dr Azzam Tamimi (Institute. of Islamic Political Thought, London (IIPT))
Rehat, Makan Tengahari & Solat Zohor



Sesi 3: Forum “Memartabatkan Hak Asasi Manusia Dalam Islam:Cabaran Semasa dan Penyelesaiannya”

Panelis:

1. Hj Zaid Kamaruddin (Presiden JIM),

2. Dr Azzam Tamimi (IIPT)

3. Dr Zainal Azam bin Abd Rahman(Pusat Syariah, Undang-undang & Sains Politik, IKIM)

Resolusi

_________________________________

nota kaki--untungnya jadi peserta MISI, rezeki datang tak henti2..i remember the other day, ust salam bg semua peserta MISI himpunan juz 28,29,30+ma'thurat+hadith 40--PERCUMA dengan syarat kami hafal hadis 40.

then, wan am datang dengan siri risalah pemimpin yang bertimbun2, kesemuanya PERCUMA untuk peserta MISI!!

kali ni SHAMDI pula, walau pada asalnya, hanya 30 org peserta yg dijanjikan tajaan dari pihak penganjur, kini tajaan lain utk baki 16 org datang bertalu2..alhamdulillah..terima kasih kepada yang sudi menyumbang..takkan kami sia2kan..terima kasih juga kepada kak raja yang usahakan lagi 16 tajaan utk kami ^__^

utk PERKASA pulak, kami dijanjikan sponsor penuh utk bekalan roti dan air mineral. alhamdulillah!!

nota sisi--selamat hari lahir utk kak azie ^__^ ahli BAITUL ISLAH (A)

No comments: